Syarat-Syarat Penyertaan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK VISA UMRAH

  1. Passport Antarabangsa
    1. Tempoh sah lakunya melebihi 6 bulan
    2. Melebihi 6 muka surat kosong yang belum digunakan.
  2. 4 keping gambar baru berukuran 6x4cm. Jarak dari kepala ke dagu 4cm, jarak dari telinga ke telinga 3cm. Latar belakang berwarna putih. Muka besar 70-80%. Gambar lelaki tidak boleh memakai songkok/kopiah, gambar perempuan bertudung gelap.
  3. visa 2
  4. Buku suntikan @ surat akuan doctor yang mengesahkan telah memberi suntikan anti Meningococal Menigitis jenis ACYW – 135
  5. Salinan Surat Nikah bagi pasangan suami isteri
  6. Surat kebenaran suami bagi isteri yang suami tidak turut serta (Salinan Surat Nikah dan Kad pengenalan suami disertakan)
  7. Surat kebenaran bapa atau saudara lelaki (umur 21 ke-atas) bagi perempuan yang belum bersuami.(Salinan Kad Pengenalan dan salinan surat kelahiran (saudara lelaki) di sertakan).

Maklumat Baru Permohonan Visa Umrah (2013) Klik Di Sini!

PENDAFTARAN & PEMBAYARAN

Bayaran deposit sebanyak RM2,000 seorang hendaklah dibayar apabila mendaftar dan bayaran penuh mesti dijelaskan  2 BULAN sebelum tarikh penerbangan. Segala bayaran yang dibuat dengan menggunakan bank draf, cek atau wang pos hendaklah ditulis atas nama seperti di bawah. Jika pembayaran itu dijelaskan secara tunai, para jemaah hendaklah datang sendiri ke pejabat :

MAYBANK : 5570 9000 2488  NAMA : BAHRULMAZI TRAVEL & TOURS SDN.BHD.

PEMBATALAN
cancelBayaran pembatalan mengikut kadar akan dikenakan bergantung kepada proses yang telah dibuat. Dan para jemaah yang tidak menghadirkan diri pada tarikh berlepas, wang tidak akan dikembalikan dan dilayan.

KHIDMAT MUZAWWIR / MUTAWWIF
Pihak kam menyediakan khidmat bantuan mutawwwif  bermula dari airport di  Malaysia sehingga ziarah di Madinah yang mana akan dibantu oleh Muzawwir sementara tawaf, saie dan ziarah di Makkah akan dibantu oleh Mutawwif.

NOTIS

Harga pakej tertakluk kepada perubahan dari pihak penerbangan (tiket, airport tax & fuel surcharge), pihak hotel (perubahan harga bilik) and Ground Operator (kenderaan & servis).  Bahrulmazi Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak mengubah mana-mana perkara yang terkandung di dalam risalah perkhidmatan ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tanpa notis awal.

PARA JEMAAH DIKEHENDAKI BERADA DI LAPANGAN TERBANG 4 JAM SEBELUM BERLEPAS

PENGECUALIAN TANGGUNGJAWAB
Pihak Bahrulmazi Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab di atas “Force Majeure” seperti bencana alam, banjir, kebakaran, rusuhan peperangan, ribut, gempa bumi atau apa-apa juga yang berlaku yang bukan dalam kawalan kuasa pihak Bahrulmazi Travel & Tours Sdn. Bhd.

CUACA DAN PAKAIAN
Iklim di Arab Saudi biasaya panas antara Julai – September. Para jemaah dinasihat memakai pakaian biasa. Tetapi mulai Oktober – Januari, cuaca agak sejuk. Oleh itu jemaah dinasihatkan membawa pakaian tebal.

BAGI PAKEJ UMRAH YANG BER-TRANSIT 
Pastikan anda membawa pakaian tambahan dalam hand luggage untuk bermalam di airport/airport hotel kerana bagasi tidak dikembalikan semasa transit.

Share with:

FacebookTwitterGoogle


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *