PENDAFTARAN UMRAH 2018

Untuk tahun 2018, pihak Bahrulmazi Travel &  Tours Sdn. Bhd akan melakukan sedikit pembaharuan dalam pendaftaran umrah.  Hal ini bagi menjamin keselesaan para jemaah dan juga kualiti perkhidmatan kami. Adalah diharap segala cadangan atau komen terhadap penambahbaikan ini dapat disalurkan kepada pihak kami dengan segera. Berikut antara prosedur bagi mendaftar:

Pendaftaran

Pilih Tarikh Berlepas

Sila pilih mana-mana tarikh yang sesuai dari senarai (klik sini) yang disediakan di dalam pakej umrah.

Pendaftaran
Isi borang pendaftaran yang boleh didapati di pejabat @ klik di sini ini adalah untuk semua peserta/group. Sila e-mailkan borang yang telah lengkap diisi ke alamat  email bmtpg_umrahhaji@yahoo.com / info@bahrulmazi.com.my 

Bayaran Deposit                                                                              

                                                                                                                                                      Anda perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM 2000 / orang. Bayaran awal memudahkan kami untuk mengesahkan tempat dan kekosongan pada tarikh pakej tersebut. Kami akan meminta anda untuk memilih tarikh baru sekiranya tarikh tersebut penuh/batal.

Penyediaan Dokumen
Seterusnya anda perlu menyediakan beberapa dokumen untuk permohonan Visa Umrah dan Ziarah. Sila sediakan dokumen tersebut apabila diminta. Para jemaah perlu menyerahkan dokumen yang tersebut selewat-lewatnya 20 hari sebelum tarikh berangkat.

Bayaran Baki
Keseluruhan bayaran hendaklah dilunaskan selewat-lewatnya 60 hari (2 bulan) sebelum tarikh penerbangan

Panduan Membuat Bayaran

  • Bayaran boleh dibuat melalui Kaunter Bank, Mesin Deposit atau Secara Online Banking atau anda boleh datang terus ke pejabat kami.
  • Maklumat Akaun Bank
NAMA AKAUN
BAHRULMAZI TRAVEL & TOURS SDN BHD
BANK
Maybank
NO AKAUN PNG
5570-9000-2488
 NO AKAUN TERENGGANU                     5570-9051-2134
            NO AKAUN KL    5570-9051-2127 
DEPOSIT
RM 2000.00
  • Pengesahan Bayaran
    Setelah bayaran dibuat, sila nyatakan nama peserta dan tarikh pakej di slip deposit bank.
    Seterusnya fax-kan atau emailkan ke :

    NO FAX EMAIL
    04-537 2107 (PENANG)03-6177 5413 (KL)09-858 6401 (KEMAMAN) bmtpg_umrahhaji@yahoo.com / info@bahrulmazi.com.my

*Perhatian
Jika anda menghantar slip bayaran atau salinan dokumen melalui e-mail:

  • Sila simpan fail dalam format jpg(gambar),doc (Ms Word) dan pdf (Adobe PDF) sahaja.
  • Bagi yang menggunakan Ms Word, sebelum anda pastekan ke dalam Ms Word, sila kecilkan resolusi imej tersebut.

Pembatalan Tempahan Pakej

  • Jika pembatalan dibuat selepas urusan pembayaran tiket, hotel dan lain-lain yang berkaitan, bayaran semula (refund) akan dikembalikan dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun. Caj pengurusan akan dikenakan mengikut kadar proses yang telah dilakukan oleh pihak syarikat.

<<<<SILA KLIK DISINI UNTUK DAFTAR>>>>

Share with:

FacebookTwitterGoogle


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *