Zikir Tahlil / Bacaan Al-Quran

Tilawah dan Zikir Tahlil

BERTEMPAT DI MASJIDIL HARAM MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Ikhwanul muslimin, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah.

Adalah dimaklumkan bahawa setiap tahun para sahabat kita ada mengumpulkan beberapa orang Qari yang terdiri daripada penuntut-penuntut kuliah Tahfiz Al-Quran daripada pusat-pusat pengajian di Makkah untuk mengadakan bacaan Tahlil dan juga Tilawah Al-Quran sebanyak 40 kali khatam sepanjang bulan Ramadan yang mana pahalanya akan dihadiahkan kepada arwah-arwah mereka yang telah kembali ke Rahmatullah.

Banyak di antara kita juga yang ingin menyampaikan bantuan kepada ibu, bapa, anak, isteri atau suami dan lain-lain, tetapi tidak berupaya membuatnya atau tidak berkesempatan disebabkan beberapa hal padahal Al-Sheikh Al-Shobra Melesi ada berkata yang bermaksud :- Jika seseorang itu berniat dengan bacaannya itu untuk menghasilkan pahalanya kepada si mati atau berdoa untuk si mati maka pahalanya juga bagi orang yang membacanya.

Sabda Rasullullah SAW:

Maksudnya : Dari Jabir r.a. katanya , Rasullullah SAW bersabda: “ Satu sembahyang di masjidku ini lebih utama dari seribu sembahyang di masjid lain kecuali di Masjidil Haram dan satu solat di Masjidil Haram lebih afdal dari seratus ribu solat. Hasan Basri rahimahullah, ketika mengulas hadis ini berkata: “ Berpuasa di Makkah untuk satu hari adalah sama dengan memberi sedekah seratus ribu dirham di tempat lain, begitu juga dengan setiap amalan sebanyak satu dirham adalah sama dengan menjadi seolah-olah seratus ribu amalan yang dilakukan di tempat lain.”

Dimaklumkan bahawa wang pendapatan bacaan Tahlil dan Al-Quran ini setelah diberikan pada qari-qari dan ditolak kos perbelanjaan kerananya, wang yang selebihnya akan diwakafkan di sekitar Tanah Haram dan didermakan terus kepada orang-orang fakir miskin yang memerlukannya.

Oleh itu mereka yang telah memberikan wang untuk bacaan Tahlil Al-Quran untuk arwah-arwah keluarga mereka ini selain daripada hajat mereka terkabul, mereka juga telah membuat Amal Jariah yang berkekalan selama-lamanya serta dengan pahala yang berlipat ganda banyaknya.

Jika tuan/puan ingin menyampaikan pahala bacaan Tahlil dan Al-Quran kepada ibu, bapa, datuk, nenek, dan ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah, sila ikuti prosedur yang telah ditetapkan seperti berikut :-

Bayaran
1.  Tahlil – RM 5.00
2.  Bacaan Al-Quran – RM 5.00
(bayaran bagi setiap satu roh)

Nombor akaun Maybank
557090800369 (Ahmad Khairi bin Mohamad Khalil)

Proses pembayaran

  • Langkah Pertama:

Tentukan jenis perkhidmatan yang diperlukan dan sila buat pembayaran berdasarkan maklumat yang diberikan di atas. Tarikh tutup adalah pada sebelum 24 May 2017 bersamaan 27 Syaaban 1438H.

  • Langkah Kedua:

Hantar maklumat yang diperlukan dengan mengisi borang yang boleh didapati di sini. Anda juga boleh fakskan slip bank-in ke 04-5372107 atau emailkan kepada info@bahrulmazi.com.my beserta borang tersebut.

Resit pengesahan penerimaan pembayaran turut disediakan oleh pihak kami.

Share with:

FacebookTwitterGoogle


One Response to Zikir Tahlil / Bacaan Al-Quran

  1. Norashikin binti Rahmat @ Ismail says:

    Assalammualaikum ..
    Bolehkah saya membuat pembayaran melalui transfer online Maybank2u .. Jika saya membuat bayaran melalui transfer online Maybank2u dan selepas itu, saya akan mengambil gambar selepas transfer berjaya .. Hanya itu sebagai bukti pembayaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *