Cadangan Keperluan

Berikut adalah cadangan keperluan untuk menunaikan umrah, jemaah dinasihatkan untuk membawa barang-barang mengikut keperluan masing-masing.

PANDUAN PAKAIAN/KEPERLUAN UNTUK DIBAWA KE TANAH SUCI.

PAKAIAN WANITA

  1. Telekung sembahyang – 2 pasang
  2. Mini telekung – 2 pasang
  3. Baju kurung – 3 pasang
  4. Baju maxi – 2 pasang
  5. Baju tidur & seluar – 2 pasang
  6. Stokin – 3 pasang
  7. Sarung tangan – 2 pasang
  8. Tuala mandi – 2 helai
  9. Tuala kecil – 1 helai
  10. Selipar getah – 1 pasang
  11. Kasut biasa – 1 pasang
  12. Sarung / stoking lengan – 3 pasang
  13. Baju tebal

PAKAIAN LELAKI

  1. Tuala ihram – 2 pasang
  2. Tali pinggang – 1 utas
  3. Baju biasa – 2 helai
  4. Baju Melayu – 2 pasang
  5. Singlet berlengan / berzip – 4 helai
  6. Seluar panjang – 2 helai
  7. kain pelekat – 3 helai
  8. Tuala mandi – 2 helai
  9. Tuala kecil – 2 helai
  10. Stokin – 2 pasang
  11. Selipar getah – 1 pasang
  12. kasut biasa – 1 pasang
  13. Baju tebal / jaket
  14. Tisu
  15. Kamera (jika perlu)
  16. Telefon bimbit (Roaming terlebih dahulu)

LAIN-LAIN KEPERLUAN SEMASA DI TANAH SUCI

  1. Buku rekod rawatan Jemaah Haji
  2. Buku doa
  3. Penyangkut baju
  4. Beg pakaian (besar)
  5. Gunting kecil untuk bertahallul
  6. Beg sejadah
  7. Rantai tangan
  8. Ubat-ubatan ringan (panadol,vitamin,plaster,dll)
  9. Lencana nama
  10. Lampu suluh
  11. Beg saiz kecil (bimbit)
  12. Uncang batu
  13. Ubat gigi
  14. Berus gigi
  15. Sabun mandi
  16. Uncang kasut

PERHATIAN : Gunting – diisi dalam beg kargo, Semua barang-barang cecair dan jenis liquid seperti ubat gigi, pewangi, minyak rambut, losyen dan sebagainya tidak dibenarkan untuk dibawa tangan ke dalam kapal terbang melainkan dalam kuantiti yang sedikit atau kurang dari 1 liter dan diletakkan dalam plastik khas yang disediakan oleh pihak MAB.